Windows, dalam erti kata lain Operating System, atau dalam bahasa melayu di panggil Sistem Pengoperasian. Windows adalah satu program khas yang mana ia bertujuan untuk menjalankan proses komputer. Ia adalah satu platform yang mana user akan dapat acces data di dalamnya.
Disini saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut lagi terhadap windows ini. Kalau berbalik kepada masa lalu, OS atau operating system ini adalah sekumpulan program komputer yang mengawal sumber sesebuah sistem komputer, melaksanakan arahan komputer dan juga menguruskan data-data. Tanpanya pengguna kemungkinan besar tidak dapat menggunakan Aplication yang lain. Contohnya seperti microsoft office, dan banyak lagi. Oleh itu, untuk menggunakan aplication software, OS perlu dimasukkan terlebih dahulu.
OS juga memainkan peranan dalam menguruskan sumber (spt CPU, Hardisk dan Memory) selain itu juga ia turut menguruskan Input dan output, contohnya seperti keyboard yang anda sedang guna dan juga mouse. Device ini adalah diuruskan oleh OS.
OS akan melaksanakan operasi asas seperi mengenalpasti data yang dimasukkan melalui device iput, menghantar maklumat yang siap sebagainya. OS dibina oleh sekumpulan arahan yang membantu setiap komponen komputer berfungsi bersama dengan lancar dan teratur. Ia juga berfungsi seperti pusat kawalan yang mengawal setiap program komputer dan pengguna yang beroperasi secara serentak tidak menganggu atau bertindihan antara satu sama lain.
OS juga berfungsi sebagai pengawal keselamatan yang memastikan keselamatan dan juga pertahanan agar tiada pengguna yang tidak dikehendaki menggunakan sistem yang di bawah kawalannya. Secara ringkasnya OS mempunyai 3 fungsi utama iaitu:
menguruskan sumber komputer seperti CPU, memory, hard drive, printer dan sebagainya.
menyediakan antara muka antara komputer dengan pengguna (User Interface).
melaksanakan dan menyediakan kemudahan untuk perisian aplikasi dan utiliti dengan lancar.
Windows 98, Windows Millenium, Windows 2000, Unix dan Solaris merupakan antara Os yang sering digunakan oleh kebanyakkan komputer masakini. Selain dari itu terdapat juga sistem komputer yang menggunakan Windows NT, Linux dan BeOS. Microsoft Windows XP pula akan mendapat perhatian ramai tidak berapa lama lagi dan bakal menggantikan perisian microsoft Windows tedahulu dalam tempoh masa terdekat ini. Macintosh pula terkenal dengan penggunaan MAcOS sebagai sistem pengoperasiannya yang utama. Setiap OS ini diperbincangkan beberapa jenis os utama:
*Disk Operating System atau dikenali sebagai MS DOS.
Sistem Pengoperasian Cakera (Disk Operating System atau Dos) merupakan jenis OS yang sering digunakan dikalangan pengguna komputer mikro pada satu ketika dulu. Sistem DOS yang popular ialah komputer mikro pada satu ketika dahulu. Sistem DOS yang popular ialah MIcrosoft Disk Operating System (MS-DOS) dan personal Computer Disk Operating System(PC-DOS). PC-DOS dikeluarkan oleh international Business Machine (IBM) untuk komputer peribadinya.
MS-DOS Dan PC-DOS digunakan khususnya untuk sistem yang menggunakan pemproses mikro jenis intel 8088, 80286, 80386, 80486 dan Pentium.
User Interface MS Dos
Sampai Sini dahulu perbincangan terhadap OS
No comments:
Post a Comment