Members

Thursday, November 26, 2009




RM525
(Home Premium)

RM855
(Professional),

RM903 (Ultimate).





SEBAIK penguji menghabiskan ujian ke atas Windows 7, ungkapan yang boleh diperkatakan ialah 'macam Vista tapi jauh lebih memberangsangkan.'Penguji akan menerangkan dengan lebih lanjut faedah menggunakan sistem operasi Microsoft ini jika dibandingkan dengan edisi sebelumnya itu bermula dengan masa 'on' komputer peribadi (PC) anda sehingga ia dipadam (shutdown).





Sebelum itu, penguji ingin memaklumkan Windows 7 yang diuji beroperasi dalam laptop Acer Aspire 4810TG dengan keupayaan Intel Core2 Duo 1.4GHz menggunakan memori DDR3 4GB.Berbeza dengan Vista, tempoh membuka dan memadam PC menggunakan Windows 7 boleh dikatakan 40 peratus lebih pantas mengikut pengamatan penguji yang menjimatkan masa pengguna ketika melayari sistem komputer anda.Di samping itu, penguji tertarik dengan 'taskbar' baru yang diperkenalkan apabila ia mampu menarik pelbagai ikon di skrin utama ke bawah dengan menyimpannya menerusi satu ikon bergrafik saja.Contohnya, walaupun jika anda membuka pelbagai laman web, ia hanya akan memaparkan satu ikon Internet Explorer di bahagian bawah (berlogo 'e') namun jika anda gerakkan tetikus ke ikon terbabit ia akan memaparkan skrin kecil yang akan menunjukkan web dilayari.Turut mencuri tumpuan penguji ialah Senarai Lompatan (Jump Lists) yang menyenaraikan ikon dilayari pada menu Start secara automatik yang diperbaharui mengikut kekerapan pelayaran anda mengurangkan masa seperti mencari lagu atau fail tertentu setiap hari.Selain itu, tiga fungsi lain yang memudahkan akses termasuk 'Snap' yang membahagikan dua ikon secara bersebelahan pada antaramuka Windows membolehkan anda membuat dua kerja dalam satu antaramuka.Contohnya, jika anda menaip pada sebelah kiri menggunakan aplikasi Word, Windows 7 turut membenarkan pelayaran Internet pada sebelah kanan dan pengguna boleh menukar kedua-dua ikon mengikut cita rasa masing-masing.Fungsi kedua ialah 'Aero Peek' yang terletak pada hujung di bahagian kanan pada menu taskbar menukar Windows anda ke lutsinar bertujuan membolehkan pengguna melihat menu pada desktop.Manakala fungsi ketiga menerusi 'Shake' meminimumkan ikon yang dibuka sebaik pengguna menggoyangkan tetikus.Tidak cukup dengan itu, Windows 7 mengetengahkan fungsi HomeGroup iaitu perkongsian fail kepada perkakasan lain di rumah anda seperti PC, pencetak dan sebagainya yang mana anda boleh mengakses data dari peranti terbabit.Penguji berkesempatan menguji Windows 7 ke atas netbook dan hasilnya cukup memuaskan walaupun kebanyakan peranti comel terbabit hanya berkeupayaan memori sebanyak 1GB namun ia cukup meyakinkan pengguna yang sebelum ini banyak bergantung kepada XP.Akhirnya, pengguna akan mendapati Windows 7 sebagai sistem operasi bermutu tinggi bagi menggantikan kegagalan Vista yang mendapat sungutan ramai sebelum ini.Mungkin ini masanya untuk pengguna berfikir dan menukar perisian anda untuk dunia perkomputeran lebih bergaya.

Thursday, March 19, 2009

NOD32 Antivirus




ok.. sekarang installation yang di buat dari acer tok jembal.. dekat dengan Hostel UMT.. dah start masukkan NOD32 Antivirus.. ok.. kepada yang dah datang kat acer tu.. bermasalah dengan antivirus yang di install ni... NOD32 ni.. kalau ada masalah dengan tak dapat nak update.. boleh rujuk disini.. dan anda semua boleh tinggalkan comment... atau email di edieybesut@gmail.com


Tuesday, March 17, 2009

Windows

Windows, dalam erti kata lain Operating System, atau dalam bahasa melayu di panggil Sistem Pengoperasian. Windows adalah satu program khas yang mana ia bertujuan untuk menjalankan proses komputer. Ia adalah satu platform yang mana user akan dapat acces data di dalamnya.


Disini saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut lagi terhadap windows ini. Kalau berbalik kepada masa lalu, OS atau operating system ini adalah sekumpulan program komputer yang mengawal sumber sesebuah sistem komputer, melaksanakan arahan komputer dan juga menguruskan data-data. Tanpanya pengguna kemungkinan besar tidak dapat menggunakan Aplication yang lain. Contohnya seperti microsoft office, dan banyak lagi. Oleh itu, untuk menggunakan aplication software, OS perlu dimasukkan terlebih dahulu.





OS juga memainkan peranan dalam menguruskan sumber (spt CPU, Hardisk dan Memory) selain itu juga ia turut menguruskan Input dan output, contohnya seperti keyboard yang anda sedang guna dan juga mouse. Device ini adalah diuruskan oleh OS.





OS akan melaksanakan operasi asas seperi mengenalpasti data yang dimasukkan melalui device iput, menghantar maklumat yang siap sebagainya. OS dibina oleh sekumpulan arahan yang membantu setiap komponen komputer berfungsi bersama dengan lancar dan teratur. Ia juga berfungsi seperti pusat kawalan yang mengawal setiap program komputer dan pengguna yang beroperasi secara serentak tidak menganggu atau bertindihan antara satu sama lain.
OS juga berfungsi sebagai pengawal keselamatan yang memastikan keselamatan dan juga pertahanan agar tiada pengguna yang tidak dikehendaki menggunakan sistem yang di bawah kawalannya. Secara ringkasnya OS mempunyai 3 fungsi utama iaitu:
menguruskan sumber komputer seperti CPU, memory, hard drive, printer dan sebagainya.
menyediakan antara muka antara komputer dengan pengguna (User Interface).
melaksanakan dan menyediakan kemudahan untuk perisian aplikasi dan utiliti dengan lancar.





Windows 98, Windows Millenium, Windows 2000, Unix dan Solaris merupakan antara Os yang sering digunakan oleh kebanyakkan komputer masakini. Selain dari itu terdapat juga sistem komputer yang menggunakan Windows NT, Linux dan BeOS. Microsoft Windows XP pula akan mendapat perhatian ramai tidak berapa lama lagi dan bakal menggantikan perisian microsoft Windows tedahulu dalam tempoh masa terdekat ini. Macintosh pula terkenal dengan penggunaan MAcOS sebagai sistem pengoperasiannya yang utama. Setiap OS ini diperbincangkan beberapa jenis os utama:





*Disk Operating System atau dikenali sebagai MS DOS.


Sistem Pengoperasian Cakera (Disk Operating System atau Dos) merupakan jenis OS yang sering digunakan dikalangan pengguna komputer mikro pada satu ketika dulu. Sistem DOS yang popular ialah komputer mikro pada satu ketika dahulu. Sistem DOS yang popular ialah MIcrosoft Disk Operating System (MS-DOS) dan personal Computer Disk Operating System(PC-DOS). PC-DOS dikeluarkan oleh international Business Machine (IBM) untuk komputer peribadinya.
MS-DOS Dan PC-DOS digunakan khususnya untuk sistem yang menggunakan pemproses mikro jenis intel 8088, 80286, 80386, 80486 dan Pentium.




User Interface MS Dos

Sampai Sini dahulu perbincangan terhadap OS

Friday, February 27, 2009

Kemajuan Dalam Bidang Komputer.













Di Malaysia kini, kepesatan dalam bidang komputer amat tinggi sekali.. berbanding dengan masa dulu.. kini malaysia sudah pun maju, pelbagai kecanggihan yang ada buat pada masa kini.. kalau kita lihat.. kemajuan ini telah pun setanding dengan negara luar.. seperti yang kita lihat sekarang ni.. kemudahan seperti membeli tiket komuter telah bertukar dengan menggunakan mesin.. ini bermakna.. negara kita sudah pun kearah kemajuan komputeran..






Bila kita lihat pula, anak2 pun terdidik dengan pembelajaran yang mana ia menggunakan komputer.. Kalau di lihat perkembangan pendidikan masa kini, lebih menarik lagi berbanding pada masa lalu.. Dengan adanya pembelajaran seperti ini, anak2 akan mempunyai rasa keinginan untuk belajar. Kebanyakkan skarang ni, anak2 tidak perlu menggunakan buku denga banyak lagi dalam mebuat ulang kaji. Kini, anak2 hanya menggunakan satu system pembelajaran yang hanya dibuat melalui Multimedia. Ia dimasukkan kedalam cd, dan anak2 boleh mengaksesnya melalui komuputer. Dgn menggunakan system ini, anak2 akan dapat membuat ulangkaji dengan lebih lagi, dan tarikkan terhadap pembelajaran akan meningkat. Justeru itu, membawa anak2 kearah kecermelangan.






Akan tetapi.. dengan kecanggihan yang ada pada masa kini, kita tidak lari dari masalah yang kurang sihat. Antaranya adalah seperti penggunaan yang salah, dengan akseskan ke laman web lucah. Ibu bapa harus memainkan peranan yang tinggi dalam hal ini.. kerana dengan masalah ini. membuatkan anak2 terjerumus dalam aktiviti yang tak sihat.. Akhir kata.. Kemajuan komputeran ini.. ada baik.. dan ada yang tak baik.. oleh itu.. terpulanglah terhadap individu sendiri dalam memilih keputusan...